KUALA LUMPUR, 24 Mac 2025 — Orang ramai di Kelantan dan Terengganu kini boleh menarik nafas lega apabila Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) secara rasmi menamatkan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan sebelum ini.
Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, analisis terkini daripada model-model ramalan cuaca menunjukkan cuaca di kedua-dua negeri berkenaan semakin bertambah baik. Maka, tiada lagi potensi berlakunya hujan berpanjangan dalam tempoh terdekat ini.
Terdahulu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sejak Sabtu lalu, yang dijangka berlarutan selama dua hari. Namun, perubahan corak cuaca positif membolehkan amaran itu ditamatkan lebih awal.
Bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini, orang ramai disarankan untuk melayari laman rasmi MetMalaysia, menggunakan aplikasi mudah alih myCuaca, atau mengikuti saluran media sosial rasmi jabatan tersebut. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638 sentiasa dibuka untuk rujukan awam
Ikuti INFO BANTUAN MALAYSIA untuk info terkini mengenai bantuan di Malaysia.