Pengumuman Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025

SEPANG – Penjawat awam Gred 56 ke bawah bakal menerima khabar gembira menjelang Aidilfitri tahun ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 yang akan mula …

bkk

SEPANG – Penjawat awam Gred 56 ke bawah bakal menerima khabar gembira menjelang Aidilfitri tahun ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 yang akan mula disalurkan minggu ini.

Tidak ketinggalan, semua pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, turut menerima bantuan sebanyak RM250 seorang sebagai tanda penghargaan atas jasa dan khidmat bakti mereka kepada negara.

Menurut Anwar, walaupun kerajaan telah menyelesaikan isu berkaitan bonus penjawat awam pada Februari lalu, keputusan pemberian tambahan ini dibuat atas pertimbangan dan pengiktirafan terhadap mutu perkhidmatan awam yang semakin cekap dan berdedikasi.

“Kerajaan menilai perkara ini dengan serius. Walaupun pada pandangan saya isu bonus telah selesai awal tahun ini, namun melihat kepada peningkatan dalam mutu perkhidmatan serta semangat yang ditunjukkan oleh penjawat awam, kerajaan berasa wajar untuk memberikan penghargaan tambahan menjelang Aidilfitri,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pemberian ini adalah sebahagian daripada pendekatan kerajaan dalam menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara.

Dengan pengumuman ini, kerajaan berharap dapat meringankan beban kewangan rakyat, khususnya dalam membuat persiapan menyambut Syawal yang semakin hampir. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada ratusan ribu penjawat awam dan pesara di seluruh negara.

Ikuti INFO BANTUAN MALAYSIA untuk info terkini mengenai bantuan di Malaysia.